Kembara ke bumi Samurai...
Negara Jepun atau terkenal dengan panggilan negara matahari terbit adalah sinonim dengan rakyat negara kita. Kita telah dihidangkan tentang negara jepun bukan sahaja dari segi penjajahan negara tersebut tetapi dengan rantaian budaya, hiburan, ekonomi, sosial, teknologi malahan ada antara rakyat kita adalah penyokong setia pasukan bolasepak samurai biru tersebut!!
Melangkah ke Negara Jepun adalah impian aku dari kecil lagi, terpengaruh dengan watak-watak anime seperti doraemon, dragon ball, Ultraman, Suria Baja hitam, Gaban termasuk la citer Oshin (cerita mak-mak kita dulu) bagi aku Jepun adalah penanda aras bagi seorang pelancong yang gila melancong.
![]() |
| Cerita Gaban selalu dimainkan waktu petang sebelum aku nak main bola |
Memasang hajat ke Jepun..
Melancong ke Jepun bermula dengan cerita cakap-cakap sahaja memandangkan cakap-cakap orang mengatakan mengembara ke Jepun memakan kos yang sangat tinggi memandangkan kos sara hidup rakyat negara maju tersebut, berbekalkan pengalaman rakan aku Fazli, dengan konfiden mengatakan kos untuk melawat jepun boleh saja berbekalkan dengan rm 2000 seorang termasuk tiket kapal terbang dan hotel..wow teruja juga!!
Pada hujung tahun 2015 berlakulah pertemuan rakan-rakan kaki jalanku Fazli dan Fairos di sebuah restoran ikan bakar di Melaka. Telah di sepakati bahawa kami telah memilih tarikh 13- 19 September 2016 sebagai tarikh kami untuk melancong ke Jepun ini berdasarkan kejayaan mendapatkan harga tiket kapal terbang murah secara online. Kami menggunakan perkhidmatan Vietnam Airlines!!
Tiket cuma berharga ===> RM 700 untuk round trip.
![]() |
| Kena Transit kat Ho Chi Minh City dulu |
Memandangkan percutian itu akan berlaku 9 bulan lagi maka ada masa untuk mengumpul lebih wang untuk perbelanjaan disana dan menampung juga harga tiket yang telah dibeli.. (hehe guna kad kredit Fazli tue)
Langkah pertama
Melawat Negara Jepun tidak memerlukan Visa! ini kerana Kerajaan Jepun telah memansuhkannya dan memberi keistimewaan keada rakyat Malaysia untuk berada di Negara mereka. Kalau dulu mungkin peraturannya sangat ketat termasuk visa dan pengisytiharaan wang mesti lebih RM 3000 kalau hendak ke sana. Kali ini meraka hanya meminta kita untuk mengisi sekeping kertas pengisytiharaan yang memberi maklum kemana kita akan pergi sepanjang di Jepun.
Off Course pasport kenalah buat atau renew kalau tak macamana nak lepas border line.
sebelum ke Jepun kami telah mensurvey dan mengoogle beberapa maklumat penting semasa berada disana. mengikut cuaca pada bulan september, Jepun sedang beralih dari musim kering ke musim sejuk, waktu ini mendung dan kebanyakan hujan.
Tiket-tiket pengangkutan dan tiket-tiket theme park adalah mudah dan murah sekiranya ditempah awal.. kami telah menempah tiket Disneyland Tokyo dengan separuh harga iaitu RM 258 untuk sehari berbanding di kaunter adalah RM 500 lebih!! berbaloikan



No comments:
Post a Comment