Sunday, December 3, 2017

Kembara ke Negara Jepun part 6 : Disneyland Tokyo yang gah

Kembara ke Negara Jepun part 6 : Disneyland Tokyo yang gah

Keesokan harinya kami ke Disneyland Tokyo, satu destinasi impian yang menjadi kenyataan. Sejak melangkah masuk, suasana magis dan kegembiraan terus menyambut kami.

Harga bayaran masuk

Kami bertiga telah membeli tiket secara online sebelum sampai disini harga lebih kurang RM 260 untuk seorang bagi pasport satu hari di sini. anda boleh layari laman web rasmi Tokyo Disneyland. Harga murah berbanding tiket yang dijual di kaunter lebih kurang RM 300 lebih camtu


Suasana sesak train sattion Naik kereta api JR Keiyo Line atau JR Musashino Line menuju ke Stesen Maihama. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit.



bergambar lu...



Bahagian hadapan Disneyland Tokyo



amoi-amoi jepun nie sentiasa menyambut anda dengan senyuman manis

Keindahan Taman Tema

Disneyland Tokyo dibahagikan kepada beberapa bahagian utama, setiap satunya menawarkan pengalaman yang unik:

Sejurus memasuki taman tema ini, kita akan melalui World Bazaar, kawasan membeli-belah yang menyerupai jalan bandar Amerika pada awal abad ke-20. Di sini, kita boleh membeli cenderahati eksklusif dan menikmati pelbagai makanan enak.


World Bazar ni tempat santai-santai dengan jualan, belilah satu key chain buat kenang-kenangan 


ambil gambar selfie lu...

boli pop corn katanya free pork
punyalah ramai manusia bermata sepet





   Salah satu bahagian  ialah Fantasyland. Di sini, anda akan bertemu dengan watak-watak Disney yang ikonik seperti Mickey Mouse dan Cinderella. Tidak ketinggalan, anda boleh mencuba It's a Small World, perjalanan menaiki bot yang penuh warna-warni dan muzik.

ada perarakan boneka-boneka walt disney setiap 2 jam kalau tak salah



masuk small world nie naik bot dan kita akan dikellingi oleh boneka-boneka kecil ala-ala filem animasi diaorang


ni roller coaster diorang.. yang western coaster nie tak berapa seram la

tandas diorang bersih dan lagi satu dia tak ada paip bidet macam kita semuanya automatik cuci sendiri


untuk wanita sesuailah ke bahagian ni 


Amoi jepun ni cantik betul baik sungguh melayan kami bertiga..hehehe
Waktu ni ada shooting program korea yang famous tue aku pun lupa.. interfame la kat sana 

Perarakan boneka ni muncul balik


Bahagian Tomorrow land, macam-macam ada teknologi pawangan 100 d kot bila tengok wayang dalam tue kalau ada air terperecik dalam filem tue kita pun terasa air tue..

Fairos keletihan.. memang besar tempat ni... lenguh kaki berjalan
pop corn lagi...

Naik pesawat star wars..memang mengujakan

Tengok sampai ke malam kami disana.. dari pagi sampai ke malam tak semua kami dapat cuba coz nak beratur panjang yang amat.. memang penuh la tempat ni

----------------------------------

Jika anda merancang untuk melawat Disneyland Tokyo, pastikan anda menyediakan kamera, kerana setiap sudut taman ini adalah peluang untuk merakam kenangan yang indah. Selamat bercuti dan nikmati setiap detik di taman tema yang ajaib ini!

Sambung Part 7

Part 5

Saturday, December 2, 2017

 

Kembara ke Negara Jepun part 5 : Rilek Malam Santai di Shibuya


Selepas puas meronda disekitar kawasan Ueno, pada malam pula kami mernacang untuk singah ke satu lagi hotspot di Tokyo ni  iaitu Shibuya Scramble Crossing. Perjalanan kali ini kami menggunakkan Tren Metro Tokyo Line Hijau (green Line) sebabnya ianya berdekatan dengan Bandar Ueno.



Shibuya Scramble Crossing, atau dikenali sebagai Persimpangan Shibuya, adalah tempat pejalan kaki sibuk di Shibuya, Tokyo, terletak betul-betul di depan pintu keluar Hachikō Stesen Shibuya, dan semua kenderaan berhenti seketika untuk beri laluan kepada pejalan kaki yang nak lintas persimpangan.

Patung Hachikō, terletak antara stesen dan persimpangan, jadi tempat lepak orang ramai. Di sekeliling persimpangan, ada tiga layar video besar di bangunan seperti QFRONT yang selalu mengawasi kita, bersama-sama dengan banyak papan iklan. Dengan trafik yang sesak dan banyak pengiklanan, persimpangan ini sering disamakan dengan Times Square di New York City, cuma di sini tak ada patung Statue of Liberty!



Kau tengok diorang melintas punyalah ramai orang, kalau kat Malaysia boleh tengok kat bintang walk


Tengah menunggu untuk melintas jalan, terasa keterujaannya.



Muka bangga apabila selesai melintas kat kawasan paling famous..

Setelah penat lelah melintas di kawasan lintasan sibuk Shibuya kami melayari jalan-jalan lorong yang terdapt di Shibuya ini. Destinasi kami adalah tempat makanan halal. Disini agak sukar untuk mencari kedai makanan yang halal, yang ada pun tertulis free pork atau vegetarian only.. namun begitu mengikut saranan google map tertera satu kedai makanan halal yang terdapt kat sini. Kedai tersebut dinamakan Gyumon, kat sini ada siap certificate halal dan kami dibawa ke peti ais yang mengasingkan daging halal yang disimpan. Berasa selamat dan redho kami memesanlah daging wagyu halal, memag sedap daging dia.

Melantak dulu

Cara Pembakaran daging di warung-warung makan jepun

Sayuran salad ni sumpah sedap

Japanese Soda menghilangkan haus



Makan kat tempat ala-ala gengster yakuza 👹👹

Fairos membuat pengiraan akhir supaya mengikut bajet yang ditetapkan