Kembara ke Negara Jepun part 6 : Disneyland Tokyo yang gah
Keesokan harinya kami ke Disneyland Tokyo, satu destinasi impian yang menjadi kenyataan. Sejak melangkah masuk, suasana magis dan kegembiraan terus menyambut kami.
Harga bayaran masuk
Kami bertiga telah membeli tiket secara online sebelum sampai disini harga lebih kurang RM 260 untuk seorang bagi pasport satu hari di sini. anda boleh layari laman web rasmi Tokyo Disneyland. Harga murah berbanding tiket yang dijual di kaunter lebih kurang RM 300 lebih camtu
Suasana sesak train sattion Naik kereta api JR Keiyo Line atau JR Musashino Line menuju ke Stesen Maihama. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit.
bergambar lu...
Bahagian hadapan Disneyland Tokyo
amoi-amoi jepun nie sentiasa menyambut anda dengan senyuman manis
Keindahan Taman Tema
Disneyland Tokyo dibahagikan kepada beberapa bahagian utama, setiap satunya menawarkan pengalaman yang unik:
Sejurus memasuki taman tema ini, kita akan melalui World Bazaar, kawasan membeli-belah yang menyerupai jalan bandar Amerika pada awal abad ke-20. Di sini, kita boleh membeli cenderahati eksklusif dan menikmati pelbagai makanan enak.
World Bazar ni tempat santai-santai dengan jualan, belilah satu key chain buat kenang-kenangan
ambil gambar selfie lu...
boli pop corn katanya free pork
punyalah ramai manusia bermata sepet
Salah satu bahagian ialah Fantasyland. Di sini, anda akan bertemu dengan watak-watak Disney yang ikonik seperti Mickey Mouse dan Cinderella. Tidak ketinggalan, anda boleh mencuba It's a Small World, perjalanan menaiki bot yang penuh warna-warni dan muzik.
ada perarakan boneka-boneka walt disney setiap 2 jam kalau tak salah
masuk small world nie naik bot dan kita akan dikellingi oleh boneka-boneka kecil ala-ala filem animasi diaorang
ni roller coaster diorang.. yang western coaster nie tak berapa seram la
tandas diorang bersih dan lagi satu dia tak ada paip bidet macam kita semuanya automatik cuci sendiri
untuk wanita sesuailah ke bahagian ni
Amoi jepun ni cantik betul baik sungguh melayan kami bertiga..hehehe
Waktu ni ada shooting program korea yang famous tue aku pun lupa.. interfame la kat sana
Perarakan boneka ni muncul balik
Bahagian Tomorrow land, macam-macam ada teknologi pawangan 100 d kot bila tengok wayang dalam tue kalau ada air terperecik dalam filem tue kita pun terasa air tue..
Fairos keletihan.. memang besar tempat ni... lenguh kaki berjalan
pop corn lagi...
Naik pesawat star wars..memang mengujakan
Tengok sampai ke malam kami disana.. dari pagi sampai ke malam tak semua kami dapat cuba coz nak beratur panjang yang amat.. memang penuh la tempat ni
----------------------------------
Jika anda merancang untuk melawat Disneyland Tokyo, pastikan anda menyediakan kamera, kerana setiap sudut taman ini adalah peluang untuk merakam kenangan yang indah. Selamat bercuti dan nikmati setiap detik di taman tema yang ajaib ini!
Sambung Part 7
Part 5
No comments:
Post a Comment