Friday, December 1, 2017

 

Kembara ke Negara Jepun part 4 : Mudik di Ueno



Seusai tiba di Narita Airport, geng kami tak mahu lagi bertanguh masa, lantas kami mencari platform Line kensei untuk ke penginapan kami yang terletak di Ueno, Taicho Tokyo, perjalanan lebih kurang 20 KM dari Pusat Bandar Tokyo. Bagi membaca map untuk line kensei ini memerlukan penelitian disebabkan terdapat banyak sirat-sirat rel keretapi yang nampak lebih kurang sama namun sekiranya salah memilih kita akan dibawa ke lokasi yang tidak ketahuan. Mujur ada orang jepun yang penyayang membantu kami menunujukkan line yang betul untuk ke Ueno, setelah melihat muka antara kami berkerut-kerut memahami lengok tulisan jepun pada signboard yang ada.


kebanyakan sigboard map ini bertulisan jepun, jadi kena rajin-rajin la tanya orang kat situ




berbagai aksi yang ditunjukkan semasa mencari alamat line keretapi..akhirnya wajah keriangan muncul setelah duduk di tren yang betul 😆😆 


Setibanya kami di Bandar Ueno, kami terus ke Hotel New Ueno, hotel bajet bertaraf dua bintang. Lupa nak bagitau harga untuk penginapan hotel dikira mengikut kepala tau, bukan kiraan satu bilik. Satu kepala dalam RM 130 gitu untuk sehari. Semasa booking online, en fazli kita tempah hanya untuk dua kepala, jadi aku ni kira penumpang jer kat bilik tue. So untuk anda yang menempah hotel kat jepun ni kena la pandai bagi alasan sekiranya lebih kepala datang menginap di hotel sebabnya orang jepun ni akan perasan sekiranya kepala yang tak diregister menginap di hotel mereka 😂😂😂, so masa owner tue telefon bilik hotel aku cakap aku pelajar kat universiti sana.. cakap omputih sikit datang-datang nak lepak dengan diorang, maka owner hotel pun cakap ok..mungkin bagi diaorang dah sediakan keselesaan untuk 2 orang nanti kalau 3 orang takut tak selesa, begitulah budaya orang Jepun yang sangat mementingkan kualiti.


Lobi Hotel kecil yang untuk orang comel-comel melepak


Ruangan bilik dan katil orang Jepun memang ngan-ngan untuk 2 orang


ada TV, Peti Ais macam hotel biasa. Bagi orang yang ada keluarga kena awasi siaran tv kat jepun ni sebab ada channel Porn XXX.. bagi diorang dah biasa kot.


Lepas Check in hotel, kami tanpa membuang masa pergi ke kawasan sekitar untuk melihat panaroma kehidupan di Bandar Ueno ini sambil-sambil mencari juadah mencekik kami yang sudah berasa lapar. Kawasan Ueno ini ada pelbagai tarikan untuk kami rasai, pertamnaya di kawasan ini terdapat kawasan taman bunga yang indah, yang keduanya terdapat juga Muzium warisan alam dan sains dan juga muzium seni negara Jepun. Macam-macam muzium ada dan juga Zoo Negara Jepun terletak kat sini. Kami juga menelusuri Pasar seni Ueno dan juga pasaraya Arte yang terkenal di Jepun ini.











Akhirnya ketemu dengan makanan halal, ada orang arab yang jual kebab ayam dan daging  ni, kemain sedap pandai pulak cakap melayu, harga 500 yen atau lebih kurang RM 15 



Pasaraya Arte Jepun ni biasa jer, lagi hebat kot Mall kat Malaysia


ada Hard Rock Cafe memang menjadi kegilaan Fairos mengumpul merchandise kat sini


No comments:

Post a Comment