Thursday, November 30, 2017

Kembara ke Negara Jepun part 3 : Sampai di Narita

Setelah mengharungi perjalanan di atas awan selama 8 jam..AKHIRNYA kami sampai juga dibumi sakura ini. Lapangan Antarabangsa Narita adalah melupakan antara lapangan terbang yang ada di Tokyo, laluan keluar masuk udara antara yang tersibuk di dunia. Kami terus ke kaunter kastam dan imigresen mereka, di sana ada disediakan borang untuk diisi pelancong dari negara yang tidak dikenakan visa. Di borang tersebut kita kena istiharkan harta benda yang kita bawa dan kemana dan dimana kita akan berada di Jepun nanti. Pastikan pasport dan tiket kapal terbang balik serta itennari perjalanan disediakan. Alhamdullilah urusan disitu amat mudah..orang pun tak ramai... petugas disana pun ramah tamah dan banyak membantu..menandakan orang jepun ni baik-baik orangnya.

Lapangan Terbang Narita, nampak macam tenang jer

Fairos dan fazli sedang menikmati pemandangan Kapal Terbang

Info Board ni maklumat terpenting korang untuk rujuk  sebab ada tulis bahasa inggeris disini



Fazli sedang meniliti dokumen tempahan


ini mesin beli rokok layan diri duit kertas dan syiling.

Rokok ni aku beli dari mesin rokok layan diri macam beli air tu..harganya 380 yen (RM 11)  sahaja..Tapi rasa macam ko hisap surat khabar balut jer kosong bai!! nikotin tak lebih 0.1mg. Tak sesuai bagi perokok2 Malaysia yang dahagakan rasa nikotin yang dos tinggi...Kalu nak beli rokok ada juga yang dos tinggi macam gambar kat bawah...bolehlah lepas gian..Dekat sini juga ada ruangan merokok di sediakan untuk penangih rokok macam aku ni.


roko echo tue rasa macam malboro kat Malaysia itu jerlah yang boleh masuk

Di lapangan terbang ini, Fazli telah pun menempah pocket wifi yang boleh didapati dilapangan terbang ini, sewa harganya lebih kurang RM 280  untuk kegunaan seminggu dengan data yang diberi adalah sebanyak 800 mb sehari.. penting ni tuan-tuan untuk memudahkan kita mencari jalan melalui google map... korang pun boleh muat turun aplikasi Japan Go untuk memudahkan segala urusan perjalanan...banyak membantu!!




Sesudah itu kami berjalan sedikit untuk ke kaunter Keisei Line membeli tiket keretapi/komuter. Disini memang terkenal dengan lingkaran keretapi yang termaju serta sophisticated, sistem pengangkutan yang canggih manggih ini jugalah menyebabkan kereta-kereta honda, toyota terpaksa cari makan kat negara lain...hehehe..Ya penduduk Jepun memang menjadikan keretapi sebahagian hidup mereka tak kurang 1 juta menggunakan perkhidmatan ini setiap hari. Kalau tengok jalanraya mereka memang kuranglah kenderaan.. tak jem..

Kami menggunakan keretapi Line Keisei untuk ke Ueno sebabnya hotel telah ditempah disitu. 


Kad PASMO ni adalah penting pada kita macam kad touch n go lah kalau kat Malaysia. Isi dekat kiosk2 yang telah disediakan kalau tak paham boleh tanya petugas kaunter aku dah isi siap2 rm 500 dalam ni. Untuk perjalanan dari Narita Airport ke Euno kami menggunakan Line Keisei dengan harga lebih kurang 1240 yen atau RM 44.00 keretapi ini akan berhenti di Napori dan kami akan mengambil pula Ginza line untuk ke Euno...pastikan anda lihat map railway yang disediakan JR untuk pastikan pintu masuk dan keluar anda. Dekat sini macam-macam line ada, ada line KeiSei (untuk perjalanan terus ke airport) Line Ginza dan Habiya untuk tokyo metro subway, Yamanote Line Chuo Line dan macam2 line...haha ada juga line Shinkansen (keretapi laju Bullet) 
Sambung Part 4
Part 2

No comments:

Post a Comment