Monday, September 11, 2017

Kembara ke Negara Jepun part 2 : On d Way

Waktu yang ditunggu sudah tiba

Akhirnya setelah hari berganti malam, bintang berganti bulan sampailah hari yang kami nantikan.. 13 september 2016 dua hari lepas raya haji. Aku, Fazli dan Fairos sudah bersiap sedia untuk melangkah buat kali pertama ke negara matahari terbit ini. Petang jam 3 petang kami dah bertolak ke KLIA memandangkan kami akan terbang pada pukul 7 petang. perjalanan mengambil masa 45 minit dari Seremban

Sesampainya di KLIA kami terus check in di Kaunter Vietnam airlines, dan terus ke ruang menunggu memandangkan waktu sudah pukul 5 petang, untuk penerbangan ini kami akan ditransitkan di Bandaraya Ho Chi Mint untuk 2 Jam sebelum penerbangan seterusnya ke Narita Jepun.

di ruang pelepasan KLIA

Kebanyakan mereka mahu pulang ke Vietnam

Makanan iringan dalam flight pastikan dapatkan yang halal boleh request semasa menempah tiket

Pramugari so-solah.. tak mesra sangat..hehe

tiba di Lapangan Terbang Ho Chi Mint

sapedek dulu kentang goreng..kat kawasan ini kita akan gunakan dolar amerika



merehatkan dulu badan

pelepasan ke flight kedua guna bas cater jer tak secangih KLIA

Kapal terbang park ditepi jalan jer..
kami meneruskan perjalanan menaiki pesawat Airbus A350 pesawat VN300..pesawat ini memang besar dan sesuai la untuk perjalanan yang selesa dan pantas ke Lapangan Narita nanti.
Bergambar dalam pesawat


Suasana dalam kabin pesawat kebanyakan orang Vietnam dan Orang Jepun

Antara kemudahan multimedia yang disediakan boleh layan lagu2 vietnam...ada juga la filem2 dan lagu2 Malaysia

Antara hidangan Halal yang disediakan by request

ini tak apa benda namanya sayuran dan kekacang campur udang rasa macam masak rempah..tapi bolehlah telan jugak...


Sepanjang perjalanan dalam pesawat Fairos dah berkeruh..tak ingat dunia dah.. Fazli pulak mencari seat pesawat yang kosong di belakang almaklumlah saiz kami berdua ni triple XL... seat banyak juga kosong tak ramai penumpang untuk pesawat sebesar begini maybe lack of promotion...

Dalam sedap-sedap tidur tu aku dikejutkan dengan goncangan yang agak keras dari luar pesawat..." aah...sudah" dalam hatiku...pesawat bergegar-gegar melangar awan Kumulonimbus barangkali.. Lampu tali pinggang benyala dan aku tau itu bukan pekara biasa.. seusai itu Kapten Pesawat mengumumkan crew cabin sedang mengendalikan pesawat bagi menghadapi angin taufan meranti yang sedang melanda utara Negara Taiwan dan menuju ke bahagian barat Negara China. Dipaparan Skrin memang pesawat sedang berada di pertengahan  Laut selat Taiwan.. Terasa goncangan pesawat begitu kuat dengan kadar turun naik pesawat turut menghambat perasaan gusar aku tambahan pula anak-anak kecil dalam pesawat mula menangis ketakutan, entah berapa kali aku beristigfar dan berselawat memohon keselamatan dari Allah. Sedang dalam keadaan begitu genting itu, Fairos masih lena dengan tidur dan mimpinya, bunyi dengkuran semakin kuat semacam tiada apa yang berlaku...Pakcik Jepun sebelah aku pun menunjuk-nunjuk isyarat tidur dan menunjuk bagus kepada Fairos...Haha terubat sikit  kegusaran aku. 

Hampir 45 minit juga pesawat terhuyung hayang melawan arus taufan yang dahsyat tu. Mengakhiri lautan selat taiwan dan memasuki peraiaran pasifik barulah pesawat dapat terbang dengan sempurna...dan aku pun dapat tidur dengan nyenyaknya..


No comments:

Post a Comment